Monday 16 March 2015

RESEPI MAKARONI GORENG

Bukak ja FB nmpk pulak resepi ni... rasa rugi pulak kalau xkongsi or save kan... mana tau in future teringin nk buat tp ingat2 lupa resepi dia kan... boleh la bukak & refer kat sini kan...

Nah.. pa kata try ni plak mau bosan2 xtau nk mkn apa... bleh ja tukar makaroni kpd pasta2 lain kan... yang bersesuaian...

 Pasta plak ada pelbagai jenis... yg Mama Natrah tau Spegati, Fettuccine, Fucilli, Makaroni.. yang lain xtau apa ka nama nya... ni contoh & jenis2 pasta yg ada:




 Oklah sekarang JOM tengok resepi ni pulak...

SELAMAT MENCUBA


MAKARONI GORENG


Bahan-bahan:
150gm makaroni (rebus empuk)
100gm isi ayam
10 ekor udang
1/4 biji lada benggala merah dan hijau (potong dadu)
1 biji telur
3 sudu besar sos tomato
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
Cara membuat:
Panas sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan sos tomato dan kacau sehingga bahan rata. Masukkan telur dan kacau sehingga masak.
Masukkan isi ayam dan lada benggala. Biarkan sehingga isi ayam masak.
Masukkan udang dan makaroni. Kacau lagi.
Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Sedia dihidangkan.
 
Info:
Pasta adalah sumber karbohidrat kompleks yang turut membekalkan vitamin, mineral, gentian dan sedikit protein. Umumnya pasta adalah rendah kandungan lemak

No comments:

Post a Comment